Thursday, September 18, 2008


dOnt wasTe your Time ....

looK to The futuRE...

tHis is the gAdjet That make us Forget Allah...

sEnyum iTu sEdekah...

introdUce MyseLf:

mohamad shafiq bin nasri

jUst a sImple peRson hAha...

Granada, Spain Islamic Garden

Allah is The firSt

Wednesday, September 17, 2008

SIFAT-SIFAT YANG LUAR BIASA

(Kisah Zainul Abidin bin Husain)

Penyair Al-Farazdaq bermadah :

“Dia adalah putera hamba Allah yang paling mulia

Dia orang yang takwa, suci dan seorang pemimpin

Dialah yang jejaknya diketahui oleh warga Makkah

Dikenali oleh Kaábah, bukit dan Masjidilharam

Jika dia mahu mencium Hajar Aswad

Hampir sahaja Batu itu bergerak menyambut tangannya”

Zainal Abidin bin Husain bin Ali adalah salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW. Beliau terkenal sebagai orang alim, khusyu’, wara’, zuhud dermawan, soleh dan lain-lain sifat terpuji.

Diriwayatkan bahawa beliau mengerjakan solat sunat sehingga seribu rakaat setiap hari dan malam. Setiap malam beliau bangun mengerjakan solat tahajjud, tidak pernah satu malam pun yang ditinggalkannya, samada ketika berada di rumah atau di dalam perjalanan. Satu perkara lagi yang menarik pada diri Zainal Abidin ini ialah apabila beliau berwuduk, mukanya menjadi pucat kerana ketakutan. Dan apabila sudah berdiri untuk solat tubuhnya gementar ketakutan luar biasa.

“Mengapa engkau jadi demikian wahai cucu Rasulullah?” tanya orang yang menyaksikan.

“Apakah engkau tidak tahu di hadapan siapakah aku berdiri?” jawabnya.

Pernah beliau ketika berada di dalam rumah, tiba-tiba rumah itu terbakar. Sedangkan beliau sedang bersujud di dalamnya tanpa memperdulikan api yang marak. Orang ramai yang ada di situ merasa cemas dan bingung.

“Wahai putera Rasulullah! Kebakaran...Kebakaran!” teriak orang ramai.

Namun beliau tidak mahu mengangkat kepalanya sehingga api berhasil dipadamkan. Dan apabila mengangkat kepalanya, beliau berkata: “Perasaan takut pada api yang lebih besar (neraka) menyebabkan aku tidak takut pada api kebakaran itu.”

Zainal Abidin adalah seorang yang sangat dermawan dan suka bersedekah. Akan tetapi dia bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Diceritakan bahawa di Madinah, ada beberapa keluarga miskin dan tidak mempunyai pekerjaan. Tetapi mereka sentiasa dapat mencukupi keperluan hariannya tanpa meminta-minta. Tidak ada yang tahu dari mana mereka memperolehi nafkah. Suatu hari, tersiarlah berita bahawa Zainal Abidin Putera Rasulullah SAW telah wafat. Dan sejak kewafatannya itu, orang-orang miskin yang tadinya dapat menyara hidupnya, sekarang kehilangan sumber pendapatan.

Setelah dikaji, ternyata putera Rasulullah SAW itu keluar setiap malam dan meletakkan barang keperluan harian di pintu-pintu orang miskin tadi. Kerana beliau bersedekah dengan cara itu, maka ramai yang menyangka bahawa beliau adalah seorang yang bakhil/kedekut, kerana tidak pernah kelihatan memberikan sedekah atau derma.

Zainal Abidin berkata: “Aku sangat hairan terhadap manusia yang bersifat sombong, padahal dia mengetahui bahawa dirinya tercipta dari setitis air mani. Dan dia mengetahui pula bahawa dirinya kelak akan menjadi benda yang kering kontang tanpa harga lagi. Aku sangat hairan dan ajaib terhadap manusia yang ragu terhadap Allah SWT, sedangkan dia menyaksikan dengan nyata terhadap ciptaanNya. Aku juga sangat hairan terhadap manusia yang mengingkari hari dibangkitkannya di akhirat nanti, sedangkan dia menyaksikan sendiri hari dia mula-mula dilahirkan. Aku sangat hairan terhadap orang yang bertungkus-lumus dalam mengerjakan perkara-perkara dunia, alam yang sementara ini, tetapi dia tidak mahu berbuat apa-apa untuk persediaan hari akhirat yang kekal abadi.

Muhammad Al-Baqir bin Zainal Abidin berkata: “Ayahku berwasiat kepadaku : “Janganlah engkau bersama lima golongan manusia, jangan berbual dan jangan menjadikannya sebagai teman dalam perjalanan.

Yang pertama, jangan bersahabat dengan orang jahat kerana dia boleh jadi akan menjual kamu dengan hanya kerana ingin mendapatkan makanan atau barang yang lebih sedikit lagi dari itu.”

Lantas aku bertanya : “Wahai ayahanda! Apakah yang lebih sedikit lagi itu?”

Beliau menjawab : “Dia mengharapkan sesuatu dari persahabatan itu, akan tetapi teryata tidak mendapatkan apa-apa.”

Yang kedua, janganlah engkau bersahabat dengan orang bakhil, kerana dia tidak mahu memenuhi keperluanmu jika kamu dalam keadaan terdesak.

Yang ketiga, janganlah engkau bersahabat dengan orang pendusta, kerana dia adalah persis fatamorgana (yang dari jauh bayang-bayang itu disangka air oleh orang yang haus, tetapi apabila didekati ternyata tidak ada) yang membuat jauh perkara yang dekat dan membuat dekat perkara yang jauh.

Yang keempat, jangan bersahabat dengan orang yang bodoh, kerana kelihatannya akan memberikan manfaat, tetapi memberikan mudarat.

Yang kelima, jangan bersahabat dengan orang yang memutuskan diri dengan keluarganya, kerana di dalam Al-Qurán orang ini dikutuk 3 kali.”

Pada suatu hari ada seorang lelaki mengata-ngata Zainal Abidin sedangkan lelaki berkenaan berdusta.

“Jika aku adalah seperti yang engkau perkatakan itu, maka aku akan mohon ampun kepada Allah SWT. Dan jika aku tidak seperti yang kau ucapkan itu, maka mudah-mudahan Allah mengampunkan engkau” kata Zainal Abidin.

Mendengar itu, lelaki tersebut segera memohon maaf kepada beliau dan mencium kepalanya.

“Sebenarnya, engkau tidak seperti apa yang aku ucapkan. Maka mohonlah ampun kepada Allah untukku” kata lelaki itu.

“Semoga Allah SWT mengampunkan dosamu” kata Zainal Abidin.

“Allah lebih Maha Mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan.” kata lelaki itu lagi.

Zainal Abidin memiliki seorang hamba sahaya yang berkhidmat kepadanya. Pada suatu hari, khadam itu membawa alat pembakar daging yang masih panas untuk tetamu beliau. Rupanya, si khadam itu terlalu terburu-buru sehingga api itu terjatuh dari tangannya dan mengena kepada anak Zainal Abidin yang masih kecil dan mengakibatkan kematian anak itu. Walau demikian, beliau tidak sedikit pun marah, bahkan hamba itu dimerdekakannya tanpa membayar apa-apa tebusan.

“Sekarang engkau merdeka, kerana engkau tidak sengaja dalam hal ini.” Kata beliau. Kemudian beliau menguruskan mayat anaknya dengan tenang dan sabar.

Demikianlah sedikit sebanyak kekuatan rohani yang luar biasa di kalangan ahli bait/keturunan Rasulullah SAW yang dapat direnungkan bersama.


sErius Dalam keHidupan........
tAke Your Own pIcTure....
aLwaYs sMile.....